21 March 2009

Kemenangan PR Semakin Hampir...

TENANG... Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerima keputusan Panel Rayuan Umno semalam yang mengekalkan hukuman dilucutkan hak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Beliau menghadiri satu majlis bersama isterinya, Datuk Seri Asmah Abd Rahman di Taman Saujana Indah, Bukit Katil pagi tadi. - foto The Star oleh A MALEX YAHAYA


Ali Rustam yakin BN menang besar walaupun imejnya tercalar

MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang kehilangan hak untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno tetap yakin Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan lebih baik di Melaka walaupun kepimpinannya kini "tercalar" dengan hukuman tersebut.

Naib Presiden Umno itu yakin tindakan Lembaga Disiplin menggantung beliau daripada bertanding kali ini tidak akan menjejaskan peluang BN dan Umno untuk memenangi pilihan raya umum ke-13.

Beliau bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Melaka sejak 1999 dan mengetuai negeri itu selaku Ketua Menteri Melaka dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008.

"(Hukuman dikenakan Lembaga Disiplin) tidak memberi kesan kepada pilihan raya. Saya fikir dalam pilihan raya akan datang, kita akan bertambah kuat di Melaka.

"Kita mesti memperkukuhkan parti supaya keyakinan ahli-ahli Umno agar BN dapat memenangi pilihan raya kecil ke-13 dengan cemerlang," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di sini.

Hukuman ke atas beliau yang pertama kali bertanding kerusi Timbalan Presiden kekal berikutan keputusan Panel Rayuan semalam yang sebulat suara menolak rayuan Mohd. Ali dan mengekalkan keputusan bahawa beliau tidak boleh bertanding kerusi Timbalan Presiden pada pemilihan Umno minggu depan.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta.

Rayuan Mohd. Ali bertarikh 18 Mac itu didengar semalam dan panel itu juga mengekalkan keputusan Lembaga Disiplin Umno selaras dengan Fasal 29 C Perlembagaan Umno....

http://www1.mstar.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Betapa bertuahnya manusia bernama Ali Rustam di Malaysia ini. Sudah disahkan mengamalkan rasuah, tetapi masih boleh memegang jawatan Ketua Menteri. Kalau seorang polis mengambil rasuah RM 100, jika sabit kesalahan sudah tentu kena hukuman buang kerja. Ini berbeza dengan Ali Rustam perasuah tegar daripada parti umno masih boleh terus berkuasa. SPRM pun tak tangkap. Malu agaknya!Ahhhh....malang sekali rakyat Melaka berKetua Menteri seorang 'pengamal rasuah Tegar'.

Semoga umno cepat hancur binasa! Ameen...

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG