12 March 2009

Apa ni Khir!! Nak marahpun... janganlah sampai tarik janggut orang...

Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB

SHAH ALAM, 12 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.

Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.

Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."

Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat."

Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat."

Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.

Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama iaitu setelah seminggu menjadi wakil rakyat maklumat itu telah sampai terutama SUK tidak boleh masuk kerana ada orang yang membuat kerja ambil dokumen takut bukti hilang.

Katanya dalam sidang penggal pertama perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.

Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi.

http://www.harakahdaily.net

3 comments:

Anonymous said...

Apalah pak khir toyo ni...buat malu aku jer.Bial dia sentuh hak orang tak apa tapi kalu orang kata kat bini dia, wah...wah... bukan main marah pulak. Pandai cakap agama nak tuntut di akhirat, dia ingat dia sorang aje ke yang pandai tuntut depan ALLAH SWT, tak perlu lah khir... ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang tersirat dan tersurat.Kalau kau takut kat ALLAH, kau tak akan buat kerja-kkerja haram tu khir toyo... bertaubatlah sebelum terlambat.

kayakingworldbiz.com said...

amik amik jamin bayik. wes entet

jimi said...

Anak jawa seorang ni dah gila meroyan gamak nya.Bila orang punya pasal dia lekas2 suruh siasat lah suruh berhenti lah dan macam2 lagi.Tapi bila kena batang hidung sendiri,ajak orang bergaduh lak. Kenderaan tu di beli masa mike jadi hero di Selangor ni.Jadi soal bini mike tak tahu memandu tu tak timbul.Apa guna duit rasuah yang mike dapat banyak2 tu kalau tak boleh bayar gaji derebar untuk bini mike?..Hello, khir,sekarang orang guna C4.silat jawa mike tu dah tak relevan lagi.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG