08 March 2009

Betul ke apa toyo ni cakap...

Khir: Ada Usaha Jadikan Negara Sebuah Republik

MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata ada usaha pihak tertentu yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik.

Tindakan segera perlu diambil terhadap pihak yang sanggup merosakkan sistem raja berpelembagaan yang dinaungi sekian lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertemuan dengan perwakilan Pemuda Umno Melaka di Wisma Umno di sini hari ini.

Seorang lagi calon jawatan Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir, turut menghadiri majlis itu.

Dr Mohamad Khir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal berikutan sikap pihak tertentu semakin lantang mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata "serangan" pihak tertentu kepada institusi Raja adalah berdasarkan rentetan pihak yang sama yang memperjuangkan kesamarataan dan melaungkan isu ketuanan rakyat.

"Ini patut kita kesan dari awal dan kita tidak mahu kerana perbezaan politik yang akhirnya kita akan kehilangan segalanya-galanya berkenaan institusi Raja," katanya.

Sementara itu, Mukhriz turut bersetuju bahawa tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak yang menghina dan mempertikai keputusan Raja-Raja.

"Ini satu perkara yang amat mengecewakan apabila ramai duli tuanku yang bertitah menyampaikan rasa kecewa terhadap orang Melayu yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja dan bangsanya sendiri," katanya.

Beliau berkata tindakan undang-undang termasuk mengikut Akta Hasutan wajar dilaksanakan untuk mengelakkan suasana huru-hara.

http://www.bernama.com

3 comments:

Anonymous said...

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata tindakan segera perlu diambil terhadap pihak yang sanggup merosakkan sistem raja berpelembagaan yang dinaungi sekian lama. Siapa..? Sudah pasti pemuda UMNO dinegeri Terengganu yang dimaksudkan !

Datuk Mukhriz Mahathir pula bersetuju bahawa tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak yang menghina dan mempertikai keputusan Raja-Raja. Siapa menghina...?

Amuraria said...

SIAPA MENGHINA RAJA MELAYU DENGAN MENYONGLAP KHAZANAH NEGERI SELANGOR YANG SUDAH DILAPORKAN PADA SPRM TAPI HINGGA KINI KES BESERTA BUKTI 20 SALAHGUNA & RASUAH ANAK TOYOL TIADA SIASATAN ATAU DIPERAP BUAT PEKASAM ATAU TEMPOYAK !
MUNGKIN SPRM PUN KAKI MAKAN TEMPE KAH KAH KAH ! APA PUNYA TURRR !

Anonymous said...

Khir Toyo nak bela Sultan Selangor? Kah..kah..kah! Sultan Selangor tak suka Khir Toyo. Ini bukan rahsia lagi. Janganle mike tunjuk muka baik nak bodek Sultan pulak. Muka mike tu tak laku satu sen pun.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG