28 February 2009

Mahfuz Omar mahu Najib ditangkap dibawah Akta Hasutan

Mahfuz Omar mahu Najib Ditangkap di bawah akta hasutan kerana tindakannya di perak menyebabkan negara kian tegang

Gambar Najib Tun Razak, TPM dan Pengerusi Perhubungan UMno Perak dipijak-pijak lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di pintu masuk utama ke Kediaman Rasmi MB Perak sewaktu Ceramah Mega Pakatan Rakyat beberapa hari selepas Najib menggulingkan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat


IRWAN MUHAMMAD ZAIN, melaporkan PAS mendesak pihak Polis mengenakan Akta Hasutan terhadap pemimpin tertinggi Umno terutama Dato' Seri Najib Tun Razak kerana menyebabkan suasana tegang berlaku dalam negara dewasa ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan akibat daripada permainan politik pemimpin Umno yang terlalu memetingkan kuasa menyebabkan mereka telah menghasut Pemuda Umno bertindak menyerang Pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen baru-baru ini.

"Ketegangan yang timbul dalam negara ini sehingga menyebabkan Pemuda Umno bertindak menyerang Karpal di Parlimen berpunca daripada apa yang ditimbulkan pemimpin tertinggi Umno.

"Permainan politik Umno yang terlalu mementingkan kuasa sehingga berlakunya rampasan kuasa di Perak baru-baru ini menyebabkan segala kekecohan ini. Apa yang dilakukan oleh Pemuda Umno jelas tidak menghormati Parlimen sebagai institusi demokrasi," tegas beliau.

Mahfuz menegaskan pemimpin Umno lupa sejarah yang mereka sendiri lakarkan pada tahun 1993. Pada tahun tersebut, Umno melalui Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengubal perlembagaan negara bagi membolehkan Sultan diheret ke mahkamah.

Pada tahun itu, Pemimpin Umno sanggup mendedahkan segala keburukan Raja-raja Melayu bagi memenuhi hasrat mereka untuk mengurang imuniti raja.

"Mereka yang usahakan untuk menjadikan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang pada tahun 1993. Apa yang dilakukan oleh Karpal seperti mahu menyaman Sultan Perak adalah memenuhi undang-undang dan mengikut apa yang pemimpin Umno sendiri mahukan bila mereka hapuskan imuniti raja-raja pada tahun tersebut," tegas Mahfuz.

Namun begitu tegas beliau, amat malang bagi rakyat negara ini kerana tindakan Karpal yang bertindak mengikut undang-undang itu dijadikan isu perkauman oleh pemimpin Umno.

http://sanggahtoksago.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

Umno akan buat apa saja, sapu apa saja, rompak apa saja, langgar apa saja peraturan dan undang-undang, makan apa saja halal haram kecuali daging babi. Haa...yang tu saja depa tak makan. Pemimpin UMNO melihat hata dan kekayaan negara Malaysia ini dah macamharta mak bapak dia orang punya. Pasal tu selagi berkuasa dia balun semua harta rakyat. Siapa yang bocor rahsia, akta Rahsia Rasmi dan Akta Mesin Cetak akan digunakan. Kalau tidak takkan RM5 billion wang KWSP senang-senang Najib C4 tibai!
Maju, aman dan makmurkah Malaysia dibawah pemerintahan 'Penjenayah Mega' nanti?

Anonymous said...

pemimpin yang macam ni yang buat negara hancoq. Aku menyesai ada anak macam hang...kalu aku hidup balik aku bunuh hang kecik-kecik lagi... Rahah oooii awat hang biaq anak kita jadi macam ni...
Najib,,, ni bapa mintak hang pi belajar sejarah melayu sekali lagi.. hang belajaq pasai apa negeri melayu kena jajah dulu... pasai ada pemimpin macam hang la lebih kurang.
Hang kena ingat Jib.. orang dok banding hang dengan bapa.. hang jgn drop bapa punya water face..
Ni Rahah hang nasihat la dia... Pi la bawa dia cari ayaq penawaq dari dok kena ikut telunjuk bini dia tu.
Aku dok dalam kuboq ni rasa macam nak keluaq pi penampaq depa dua-dua tu... Tengoklah dua tiga malam lagi aku nak pi jengok depa!!

Amuraria said...

KERANA SPRM DICUCUK HIDUNG SENANGLAH PENIPU-PENIPU DALAM UMNOI BERHARAJAGILA SESUKA HATI,BOLEH BUAT APASAJA WALAU MELANGGAR UNDANG2,RASUAH ATAU PUKUL ORANG ,MENGAPA BERLAMBAK REPOT RASUAH ANAK TOYO SPRM PERAMKAN SAJA ! DIPARLIMEN PUN SAMSENG UMNOI BOLEH SERBU!
http://1.bp.blogspot.com/_7l8errBdW0g/SaiuTTERxKI/AAAAAAAAA9s/pD-8iTe3PU0/s1600-h/Buli+OKU.JPG

Anonymous said...

Haaa nak sangat main lompat2 kan.
Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?

Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

P/s: Dulu DSAI nak merampas kerajaan dengan MP lompat takde sape pun cakap ape2. skang nih baru lah nak melatah bukan2.

oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan. dengan ucapan main la lompat2 lagi.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG